Friday, 9 December 2011

Reflesi Mikropengajaran

Refleksi Pembelajaran Mikropengajaran

Pengenalan
            Matapelajaran yang saya memilih untuk sesi mikro pengajaran ialah Kajian Tempatan Tahun 5. Tajuk yang saya mengajar ialah Iklim Malaysia. Sesi mikropengajaran yang saya menjalankan adalah lancar dan tidak menghadapi sebarang masalah yang besar.
            Dalam sesi mikropengajaran, saya meminta murid-murid secara berpasangan untuk menyiapkan jingsaw teka-teki. Setelah mereka menyiapkan jingsaw teka-teki, saya meminta wakil daripada setiap kumpulan untuk menampalkan teka-teki pada carta yang saya menyediakan. Akhirnya, saya memberitahu murid-murid tentang tajuk yang saya ingin mengajar.
            Saya mengambil peluang untuk berterima kasih kepada rakan-rakan sejawat saya yang banyak membantu saya dalam penyiapan sesi rakaman mikropengajaran. Mereka memberi  komen dan pandangan kepada saya agar sesi rakaman mikropengajaran dapat berjaya.

Kekuatan
            Untuk sesi mikropengajaran, saya memilih bahagian set induksi untuk merakam. Saya mendapati bahawa semua murid adalah mengambil bahagian dengan sepenuhnya dalam sesi mikropengajaran ini. Mereka adalah berminat dalam bahagian set induksi ini. Saya membahagikan murid-murid secara berpasangan tanpa mengira tahap prestasi akademik agar mereka dapat menunjukkan keyakinan diri dalam menyiapkan jingsaw teka-teki.
            Dalam sesi mikropengajaran, saya menggunakan teknik permainan iaitu jingsaw teka-teki. Murid-murid secara berpasangan untuk menyiapkan jingsaw teka-teki. Mereka adalah menarik dengan permainan ini. Dengan ini, mereka adalah lebih memahami tentang isi pengajaran yang guru ingin menyampaikan.


Kelemahan
Kelemahan yang saya mendapati dalam sesi mikropengajaran ialah pengurusan masa yang tidak sempurna. Saya memperuntukam masa 5 minit dalam bahagian set induksi. Akan tetapi, saya menggunakan 6 minit 3 saat dalam bahagian ini. Saya telah menggunakan lebih 1 minit dalam bahagian ini.
Pengurusan masa yang tidak sempurna akan menyebabkan langkah-langkah yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi. Saya perlu menyingkatkan peruntukan masa langkah lain supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.

Cara Mengatasi
            Untuk membaiki kelemahan ini, saya akan menyingkatkan masa untuk memberi arahan kepada murid-murid. Saya akan memberi arahan yang pendek dan jelas kepada murid-murid. Ini adalah kerana murid-murid pernah bermain dengan jingsaw teka-teki dan memahami peraturan-peraturannya.
            Saya juga akan menetapkan masa bagi murid-murid untuk menyiapkan jingsaw teka-teki. Dengan penetapan masa bagi murid-murid, saya akan memastikan murid-murid dapat menyiapkan jingsaw teka-teki dalam masa yang saya jangkakan dan seterusnya memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment