Saturday, 26 November 2011

Ciri-ciri iklim di Malaysia


~ Malaysia adalah salah satu buah negara yang terletak di zon panas. Malaysia mengalami iklim   khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.
~ Kawasan di dunia yang terletak antara 5hingga 10o Utara dan Selatan dari garisan khatulistiwa mengalami iklim khatulistiwa.
~ Min suhu tahunannya adalah di antara 26o hingga 27oC.
~ Julat suhu tahunannya kecil iaitu kurang daripada 2oC kerana:
  • Malaysia dikelilingi oleh laut.
  • Hujan lebat turun sepanjang tahun.
  • Banyak awan.
  • Kelembapannya tinggi iaitu kira-kira 80oC.
~ Julat suhu hariannya ialah kira-kira 12oC.
~ Suhu waktu siang mungkin naik ke 33oC.
~ Suhu waktu malam mungkin turun ke 21oC.
~ Malaysia menerima hujan lebat iaitu antara 2000 hingga 3000 mm setahun.
~ Kebanyakan hujan yang turun adalah hujan perolakan dan hujan bukit.
~ Hujan paling lebat turun dalam bulan April dan Oktober semasa peralihan angin monsun dalam bentuk hujan perolakan.
~ Angin Monsun Barat Daya (Mei hingga September) dan Angin Monsun Timur Laut (November hingga Mac) membawa hujan bukit.

No comments:

Post a Comment