Friday, 9 December 2011

Reflesi Mikropengajaran

Refleksi Pembelajaran Mikropengajaran

Pengenalan
            Matapelajaran yang saya memilih untuk sesi mikro pengajaran ialah Kajian Tempatan Tahun 5. Tajuk yang saya mengajar ialah Iklim Malaysia. Sesi mikropengajaran yang saya menjalankan adalah lancar dan tidak menghadapi sebarang masalah yang besar.
            Dalam sesi mikropengajaran, saya meminta murid-murid secara berpasangan untuk menyiapkan jingsaw teka-teki. Setelah mereka menyiapkan jingsaw teka-teki, saya meminta wakil daripada setiap kumpulan untuk menampalkan teka-teki pada carta yang saya menyediakan. Akhirnya, saya memberitahu murid-murid tentang tajuk yang saya ingin mengajar.
            Saya mengambil peluang untuk berterima kasih kepada rakan-rakan sejawat saya yang banyak membantu saya dalam penyiapan sesi rakaman mikropengajaran. Mereka memberi  komen dan pandangan kepada saya agar sesi rakaman mikropengajaran dapat berjaya.

Kekuatan
            Untuk sesi mikropengajaran, saya memilih bahagian set induksi untuk merakam. Saya mendapati bahawa semua murid adalah mengambil bahagian dengan sepenuhnya dalam sesi mikropengajaran ini. Mereka adalah berminat dalam bahagian set induksi ini. Saya membahagikan murid-murid secara berpasangan tanpa mengira tahap prestasi akademik agar mereka dapat menunjukkan keyakinan diri dalam menyiapkan jingsaw teka-teki.
            Dalam sesi mikropengajaran, saya menggunakan teknik permainan iaitu jingsaw teka-teki. Murid-murid secara berpasangan untuk menyiapkan jingsaw teka-teki. Mereka adalah menarik dengan permainan ini. Dengan ini, mereka adalah lebih memahami tentang isi pengajaran yang guru ingin menyampaikan.


Kelemahan
Kelemahan yang saya mendapati dalam sesi mikropengajaran ialah pengurusan masa yang tidak sempurna. Saya memperuntukam masa 5 minit dalam bahagian set induksi. Akan tetapi, saya menggunakan 6 minit 3 saat dalam bahagian ini. Saya telah menggunakan lebih 1 minit dalam bahagian ini.
Pengurusan masa yang tidak sempurna akan menyebabkan langkah-langkah yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi. Saya perlu menyingkatkan peruntukan masa langkah lain supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.

Cara Mengatasi
            Untuk membaiki kelemahan ini, saya akan menyingkatkan masa untuk memberi arahan kepada murid-murid. Saya akan memberi arahan yang pendek dan jelas kepada murid-murid. Ini adalah kerana murid-murid pernah bermain dengan jingsaw teka-teki dan memahami peraturan-peraturannya.
            Saya juga akan menetapkan masa bagi murid-murid untuk menyiapkan jingsaw teka-teki. Dengan penetapan masa bagi murid-murid, saya akan memastikan murid-murid dapat menyiapkan jingsaw teka-teki dalam masa yang saya jangkakan dan seterusnya memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.

Rancangan Pengajaran

Matapelajaran
:
Kajian Tempatan
Tahun
:
5A
Tarikh
:
1.11.2011
Masa
:
8.30pagi  -  9.00pagi
Bilangan Murid
:
10 orang
Tajuk
:
4. Iklim Malaysia
Hasil Pembelajaran
:
i)  menyatakan ciri-ciri iklim Malaysia


ii) menyatakan bagaimana iklim akan mempengaruhi
    aktiviti ekonomi  di Malaysia.
Pengetahuan Yang Sedia Ada
:
Murid telah mengetahui punca-punca yang mempengaruhi cuaca dan iklim Malaysia.
Objektif Pengajaran
:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat


i)  menjelaskan ciri-ciri iklim Malaysia


ii) menerangkan bagaimana ciri-ciri iklim akan
    mempengaruhi aktiviti ekonomi Malaysia.
KBKK
:
Menghubungkaitkan, menjana idea
Nilai Murni
:
Bersyukur, berusaha, bekerjasama
Alat Bantu Mengajar
:
Carta-carta, marker pen dan kertas latihan





Langkah
Isi Kandungan
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
(5 minit)

Carta 1
 
Lampiran 1
1.    Guru menunjukkan sebuah carta yang bertajuk “ Faktor-faktor yang mempengaruhi cuaca dan iklim Malaysia”.
2.    Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk menyiapkan jingsaw teka-teki bagi kelima-lima faktor ini dengan arahan yang diberi oleh guru.
3.    Guru meminta murid menampalkan faktor-faktor tersebut di atas carta.
4.    Guru memberitahu murid dengan tajuk hari ini iaitu” ciri-ciri iklim Malaysia bagaimana mempengaruhi aktiviti-aktiviti ekonomi di Malaysia”
KBKK:
Menghubung-kaitkan

ABM:
Carta,
Jingsaw
 teka-teki
Langkah 1
( 5 minit )

Carta 2
 

Lampiran 2
1.    Guru menanya soalan:
Anda mengetahui  apakah ciri-ciri iklim Malaysia?
2.    Guru membimbing murid menyatakan ciri-ciri iklim Malaysia.
3.    Guru menerapkan nilai murni:
Kita harus bersyukur kerana negara kita adalah selamat.
KBKK:
Menghubung-kaitkan

ABM:
Carta,

Nilai Murni:
Bersyukur
Langkah 2
( 8 minit )

Carta 3
 
Lampiran 3

1.    Guru menunjukkan sebuah carta bertajuk “ Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan ekonomi di Malaysia” dan meminta murid memerhatikan.
2.    Guru menerangkan carta.
3.    Guru meminta murid-murid menjelaskan semula pengaruh cuaca dan iklim tersebut terhadap kegiatan ekonomi.
4.    Guru menerapkan nilai murni:Kita harus berusaha untuk memberi sumbangan kepada negara kita pada masa depan.
KBKK:
Menghubung-kaitkan

ABM:
Carta

Nilai Murni:
Berusaha






Langkah
Isi Kandungan
Aktiviti P&P
Catatan
Langkah 3
(8 minit)

Soalan
Aneka
Pilihan
 
Lampiran 4
1.    Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan.
2.    Guru menjalankan aktiviti “ Soalan Aneka Pilihan”.
3.    Guru menerangkan cara menjalankan:
a.    Guru akan mengemukakan lima soalan, setiap kumpulan harus membaca dan menjawab.
b.    Setiap kumpulan harus menulis jawapan di atas kertas soalan yang disediakan.
c.    Setiap soalan adalah 2 markah.
d.    Kumpulan yang mendapat markah yang tertinggi ialah pemenang.
e.    Guru memberi ganjaran kepada pemenang.
f.     Semasa aktiviti dijalankan, setiap kumpulan harus bekerjasama.
4.    Guru membincang jawapan soalan aneka
      pilihan dengan murid.
5.    Guru mencatat markah setiap kumpulan dan menentukan kumpulan yang mendapat markah yang tertinggi adalah pemenang.
6.    Guru meminta murid membaca soalan dengan kemas.
ABM:
Soalan aneka pilihan, pen

Nilai Murni:
Bekerjasama
Penutup
( 5 minit )

Carta 3
 

Lampiran 3
1.    Guru menunjukan lagi sekali carta bertajuk “ Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan ekonomi di Malaysia”.
2.    Guru meminta murid menyatakan apa yang mereka belajar hari ini.
3.    Guru mengagihkan kertas latihan kepada murid-murid dan meminta murid menyiapkan di rumah.
4.    Guru membuat rumusan tentang tajuk hari ini.
ABM:
Carta


Monday, 5 December 2011

Tarian Tradisional

Tarian Tradisional Kaum Melayu ( Tarian Zapin)

Tarian Tradisional Kaum Cina ( Tarian Singa)


Tarian Tradisional Kaum India

Sejarah Melaka

Lagu Patriotik




Saturday, 26 November 2011

Ciri-ciri iklim di Malaysia


~ Malaysia adalah salah satu buah negara yang terletak di zon panas. Malaysia mengalami iklim   khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.
~ Kawasan di dunia yang terletak antara 5hingga 10o Utara dan Selatan dari garisan khatulistiwa mengalami iklim khatulistiwa.
~ Min suhu tahunannya adalah di antara 26o hingga 27oC.
~ Julat suhu tahunannya kecil iaitu kurang daripada 2oC kerana:
  • Malaysia dikelilingi oleh laut.
  • Hujan lebat turun sepanjang tahun.
  • Banyak awan.
  • Kelembapannya tinggi iaitu kira-kira 80oC.
~ Julat suhu hariannya ialah kira-kira 12oC.
~ Suhu waktu siang mungkin naik ke 33oC.
~ Suhu waktu malam mungkin turun ke 21oC.
~ Malaysia menerima hujan lebat iaitu antara 2000 hingga 3000 mm setahun.
~ Kebanyakan hujan yang turun adalah hujan perolakan dan hujan bukit.
~ Hujan paling lebat turun dalam bulan April dan Oktober semasa peralihan angin monsun dalam bentuk hujan perolakan.
~ Angin Monsun Barat Daya (Mei hingga September) dan Angin Monsun Timur Laut (November hingga Mac) membawa hujan bukit.

Faktor-faktor yang mempengaruhi cuaca dan iklim

  1. Malaysia mengalami iklim jenis khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.
  2. Terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi iklim di Malaysia, iaitu :
  • Bentuk muka bumi - suhu lebih rendah di kawasan tanah tinggi.
  • Kedudukan - hampir dengan garisan khatulistiwa (menerima pancaran matahari yang banyak).
  • Jarak dari laut - suhu disederhanakan oleh bayu laut dan bayu darat.
  • Angin-angin Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut - membawa hujan lebat dan dapat menyederhanakan suhu.

Mengenal Negara Kita

Lokasi Malaysia

(Peta Malaysia)

Lokasi Malaysia di Asia Tenggara


( Peta Asia Tenggara)
Lokasi Malaysia di Benua Asia


(Peta Benua Asia)


Lokasi Malaysia di Peta Dunia


( Peta Dunia)

Wednesday, 12 October 2011

如果有一天



                                                   如果有一天,当爸爸妈妈站也站不稳,


                                                  走也走不动的时候,请你紧紧握住他们的手,


                                                  陪他们慢慢地走。。。


                                                  就像,当年他们牵着你一样。。。

Tuesday, 11 October 2011

KSSR Terap 1Malaysia

KSSR Terap 1Malaysia

KSSR terap 1Malaysia

pelajar
KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.
Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.
KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.
Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.
Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.
Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.
Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.
Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.
KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.
sumber maklumat : Portal Pendidikan Utusan